Saturday, October 23, 2010

Mahasiswa Masih Power!!!



Kebelakangan ini, isu yang sering menghantui  mahasiswa di era globalisasi  ini ialah,  mahasiswa sering dilemparkan dengan tohmahan berbaur negatif yang mampu melumpuhkan semangat juang mahasiswa dalam menggapai visi dan misi hidup mereka. Apa tidaknya, ada sesetengah pihak yang terus-terusan melabelkan golongan mahasiswa kini bersifat teori semata-mata dan tidak berupaya menggarap potensi inovasi dalam diri mereka.  Sebagai Mahasiswa USIM, kami turut terpukul dengan kenyataan sesetengah pihak  yang seolah-olah menenggelamkan potensi diri mahasiswa dan sumbangan yang telah mereka sumbangkan pada negara dan universiti. 

Secara beraninya, kami membangkang mana-mana pihak yang menidakkan nilai inovasi dan praktikal yang pada hakikatnya wujud dalam diri Mahasiswa khususnya  kami mahasiswa USIM. Hal ini kerana, mahasiswa kini sudah bijak dan berani dalam mencuba sesuatu yang baru. Contohnya, Mahasiswa USIM melalui persatuan-persatuan dan kelab-kelab yang berdaftar di bawah naungan Hal Ehwal Pelajar USIM sudah bijak dalam merangka kertas kerja, mengusulkan kertas kerja dan seterusnya menganjurkan program-proram besar yang menelan belanjawan yang tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit Malaysia.

Sebagai Contoh,  dalam tahun ini sahaja mahasiswa USIM telah berjaya menganjurkan beberapa buah projek yang turut mendapat liputan dari pihak media seperti Konvensyen Keusahawanan Islam Kali ke 6 (6th Islamic Convention Of Entrepreneurship 2010) anjuran mahasiswa/i tahun akhir fakulti Ekonomi dan muamalat. Konvensyen  ini telah membuktikan bahawa segala ilmu yang dipelajari sudah mampu dipraktikkan dengan jayanya dan ditambah pula dengan nilai inovasi dari sudut menghasilkan sesuatu idea yang baru dalam usaha mempromosikan dan mengumpulkan dana dalam menjayakan projek ini.

Selain itu, mahasiswa di Fakulti Sains dan Teknologi  (FST) juga telah sama-sama melibatkan diri dalam Ekspo Inovasi Islam 2010 (i-Inova’10) yang mana, ekspo ini mampu mendorong mahasiswa FST untuk terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang berhubungkait dengan kreativiti dan inovasi dalam meningkatkan kualiti dalam diri mereka sebagai persediaan dalam memberikan sumbangan kepada masyarakat kelak.

Dari sudut akademik pula,  mahasiswa/i  tahun satu USIM telah melalui 3 FASA Program English  and Langguge Support Programme (E/ALSP)  yang mana dalam program ini, telah memupuk betapa pentingnya nilai Praktikal dalam mengaplikasikan segala pembelajaran bahasa yang dipelajari secara teori dalam kehidupan mereka.  Selain daripada itu, sebenarnya secara tidak langsung, para mahasiswa turut  dapat menggarap nilai inovasi dalam diri mereka  dalam mencipta sesuatu kaedah pembelajaran bahasa yang berkesan.

Sehubungan dengan itu, Marilah kita para Mahasiswa USIM membuktikan pada pihak-pihak yang bertanggapan negatif tentang keupayaan mahasiswa kini dengan cara, serius dalam menterjemahkan ilmu yang sarat dengan teori kepada praktikal, interaksi dan aksi. Begitu juga sikap peka atau pedulisme terhadap isu-isu semasa. Sebagai contoh, adakah mahasiswa USIM (Islam) hari ini masih terkesan dengan sejarah 1924 yang mana menamatkan era khalifah Islam yang memimpin ummah yang dikepalai oleh Mustafa Kamal Attartuk, bapa sekularisme di Turki? Masihkah engkau ingat? Oleh itu, mahasiswa USIM (Islam) masa kini mestilah bersikap lebih dinamik dan fleksibel (murunah) dalam menangani qathayah ini.
Akhirnya, mahasiswa Islam perlu proaktif dan terus berusaha menggarap segala ilmu yang tersemat dalam nota, dewan kuliah atau tutorial, perpustakaan dan sebagainya dalam bentuk Inovasi Baru. Daya menterjemah secara praktikal lagi waqii’yah ini mengharap dapat diambil manfaat oleh masyarakat. Ayuhlah, kita pacakkan reformasi dalam sanubari ke arah ketuanan ummah sejagat.
Mahaiswa USIM mari kita renungkan kata-kata ini yang dipetik dari blog MPPUSIM 2008/2009 “Daerah kita bukan daerah cinta, bukan masanya merajuk kasih memujuk, tiada senda gurau memanjang, kerana kita dalam berjuang…”


Bengkel Fotografi 




Seminar Pengurusan Kewangan & Keusahawanan


Konvensyen Keusahawanan Islam

No comments:

Post a Comment

Post a Comment